Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, keadaan itu disebabkan terdapat beberapa komponen terutama di bahagian enjin yang diimport menggunakan mata wang dolar Amerika Syarikat (AS).
Bagaimanapun, katanya, buat masa ini Perodua masih mengekalkan harga sedia ada dan akan terus memantau ketidaktentuan ringgit dengan lebih teliti supaya tidak memberi kesan lebih besar pada masa hadapan.
“Tahun ini sememangnya amat mencabar buat industri automotif dan jika ringgit terus menyusut melebihi RM3.80, kami tidak menolak kemungkinan untuk menyemak semula harga Axia berikutan harga komponen yang meningkat.
“Namun, setakat ini, kejatuhan ringgit hanya memberi kesan minimum sekitar satu hingga dua peratus dan kos tersebut diserap oleh Perodua bagi mengekalkan harga sedia ada,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perodua di sini hari ini.
Yang turut hadir, Presiden Perodua Auto Corporation Sdn. Bhd. Yasumitsu Morita dan Ketua. Pegawai Operasi Perodua Sales Sdn. Bhd. Zahari Husin.
Harga jualan Axia ialah RM24,600 hingga RM42,530 sebuah.
Sejak Axia dibuka untuk tempahan pada Ogos 2014, Perodua menerima sebanyak 134,000 tempahan dan telah menghantar 83,700 buah sehingga 9 Julai lalu.
Menurut Aminar Rashid, sebanyak 90 hingga 95 peratus komponen Perodua dikeluarkan secara tempatan dan bakinya diimport daripada beberapa negara dengan berasaskan mata wang berbeza.
“Untuk komponen Axia, kami mengimportnya dari Indonesia menggunakan mata wang dolar manakala Myvi dan Alza dari Jepun dengan menggunakan mata wang Yen,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau menyasarkan untuk meningkatkan perkhidmatan selepas jualan kepada 35 peratus pada tahun depan berbanding 29 hingga 30 peratus ketika ini memandangkan segmen tersebut menyumbang pertumbuhan dua digit dalam tempoh dua tahun berturut-turut kepada pendapatan Perodua.
-BELI KERETA PERODUA DI KOTA DAMANSARA HUBUNGI 0129237647