Perodua Alza,Warna pilihan,Model dan Harga terkini 2018

Last update 12 September 2018

Rawang, 5hb Sep: Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) 7 tempat duduk paling popular dan mampu milik di negara ini diperbaharui untuk tahun 2018, yang mana Perodua secara rasminya telah memperkenalkan Alza berwajah baharu ke pasaran Malaysia.
Harga bermula dari RM51,490 hingga RM62,690 (OTR tanpa insurans), Perodua Alza terbaharu didatangkan dalam varian Standard (MT), Standard (AT), SE (AT) dan Advance (AT). Kesemua varian dikuasakan dengan enjin 1.5 liter 3SZ-VE DVVT yang disambungkan kepada transmisi manual lima kelajuan pada Standard MT dan transmisi automatik empat kelajuan pada varian yang lain.



Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd Dato’ Dr Zahari Husin berkata, "Perodua Alza terbaharu kami ini masih lagi menawarkan keselesaan, praktikaliti, fleksibiliti dan ruang yang cukup untuk tujuh orang – menjadikan ianya MPV yang digemari dan menjadi pilihan rakyat Malaysia selama hampir sedekad.”
"Dengan ruang simpanan yang banyak serta konfigurasi tempat duduk yang fleksibel, Alza terbaharu ini sesuai untuk aktiviti keluarga dan penggunaan harian seiring dengan kata jenamanya ‘Sehebat Anda,’” katanya, sambil menambah bahawa lebih daripada 344,200 unit Alza telah dijual sejak pengenalan model itu pada tahun 2009.


Ciri-ciri yang baharu dalam kesemua varian antaranya grafik panel instrumen dan kluster tengah yang direka semula, serta kunci kawalan jauh two-motion (tekan sekali untuk membuka pintu pemandu, tekan dua kali untuk membuka kesemua pintu).
Aliran penyaman udara ke barisan tempat duduk ketiga bertambah baik dengan adanya ciri baharu termasuk sirip tetap yang terletak di antara corong udara tengah hadapan serta penambahbaikan kepada sistem penyejatan dan saluran pertukaran haba.
Semua varian dilengkapi dengan lampu kabus depan, spoiler belakang, stereng kulit, filem tingkap keselamatan dan solar, sensor belakang dan aloi 15 inci dengan kemasan warna perak pada varian Standard dan titanium pada varian SE dan Advance.


Varian Standard dan SE dilengkapi dengan sistem audio baharu dengan fungsi USB dan Bluetooth, manakala varian SE dan Advance kali ini tampil dengan lebih berani dan menonjol, dengan adanya bumper depan baharu, gril depan bar berkembar baharu dan skirt sisi baharu. Bumper belakang baharu dan garisan hiasan turut menghiasi sudut belakang kenderaan tersebut.
Ciri-ciri lain yang ada pada varian SE dan Advance adalah rekaan baharu tempat duduk kulit dan sensor sudut depan, manakala Advance secara eksklusif dilengkapi dengan monitor pasang siap di bumbung dan sistem multimedia dengan skrin sesentuh berasaskan Android dengan fungsi pintar (Smart Link), Bluetooth, navigasi dan kamera undur.
"Menyedari bahawa rakyat Malaysia lebih gemar mengubahsuai kenderaan mengikut keperibadian mereka, Perodua buat kali pertamanya akan memperkenalkan pelbagai aksesori GearUp yang unik untuk Perodua Alza baharu ini termasuk aksesori luaran, pembalut tempat duduk bercorak quilt dan pelindung matahari,” kata Dato' Dr Zahari.
Untuk ciri keselamatan, Perodua Alza baharu dilengkapi dengan dua beg udara hadapan, ABS dengan Pengedaran Kuasa Brek Elektronik (EBD), Bantuan Brek (Brake Assist) dan poin ISOFIX untuk tempat duduk kanak-kanak di barisan tengah, memberikan model ini penarafan keselamatan empat bintang oleh ASEAN NCAP.
"Tempahan Perodua Alza baharu kini dibuka, yang mana ia akan menemui anda di bilik pameran kami di seluruh negara secara berperingkat mulai 6hb September. Rasai pengalaman dengan memandu uji kenderaan kami dan penasihat jualan kami yang sah amat berbesar hati untuk membantu dan menjawab sebarang pertanyaan anda," kata Dato' Dr Zahari.
Perodua Alza baharu ditawarkan dengan waranti lima tahun/150,000km (yang mana terdahulu). Warna-warna yang terdapat pada Perodua Alza baharu adalah Granite Grey (warna baru dan eksklusif untuk varian SE dan Advance sahaja), Ivory White, Glittering Silver, Mystical Purple dan Electric Blue.

Boleh download harga terkini Perodua ALZA di bawah;-




"Kemudahan penghantaran kereta perodua di seluruh semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak,kemudahan ini hanya terdapat jika membuat pembelian dengan Branch Hq sahaja"





    1. Testimoni pelanggan-pelanggan dari seluruh semenanjung Malaysia,Sabah & Sarawak yang telah membuat pembelian hanya melalui Online











    1. "Urusan pembelian kereta Perodua dengan CAWANGAN HQ PERODUA(BRANCH),bukan BROOKER atau DEALER(pengedar)"


    1. 'Kemudahan FULL LOAN untuk kakitangan Kerajaan , Swasta dan Skim Graduan"



  1. "Tiada lesen layak memohon pinjaman kereta"

  2. "Graduan 1 hari bekerja layak mohon pinjaman kereta"

  3. "Kemudahan trade-in disediakan"




    1. " Ready stock !!Tiada masalah stock atau tiada warna pilihan jika berurusan dengan BRANCH Perodua
      ribuan pelanggan telah berurusan membuat pembelian dengan saya "




    "Untuk melihat testimoni pelanggan saya,boleh click link di SINI "




Kepada yang berminat boleh menghantar dokumen untuk proses loan bank.Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-

1.Kakitangan Kerajaan
Document yang diperlukan:
1. SALINAN KAD PENGENALAN
2. SALINAN LESEN 
3. SLIP GAJI 3 BULAN 

2.Kakitangan Swasta
Document yang diperlukan:
1. SALINAN KAD PENGENALAN
2. SALINAN LESEN 
3. SLIP GAJI 3 BULAN 
4. EPF STATEMENT ATAU BANK STATEMENT 3 BULAN

3.Untuk Berniaga
Document yang diperlukan:
1. SALINAN KAD PENGENALAN
2. SALINAN LESEN 
3. SSM (2 TAHUN KE ATAS)
4. BANK STATEMENT 6 BULAN

ATAU

1.SALINAN KAD PENGENALAN DIRECTOR
2.LESEN
3.SLIP GAJI 3 BULAN DIRECTOR
4.BANK STATEMENT 3 BULAN
5.FORM 9, 13(If any), 24, 49 and M&A
6.COMPANY BANK STATEMENT 6 BULAN

4.Fresh Graduates
 (1 hari bekerja sudah layak memohon)
Document yang diperlukan:
1. SALINAN KAD PENGENALAN
2. SALINAN LESEN 
3. SKROL / TRANSKRIP
4.SURAT TAWARAN KERJA

Dokumen-dokumen di atas boleh email kepada saya:-peroduasaleskd@gmail.com  atau
boleh hantar melalui whatpps kepada Saya
di talian 0129237647 (yusri)


Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

BELI PERODUA ARUZ

BELI PERODUA ARUZ
INTEREST SERENDAH 2.2%

TEMPAH MYVI BARU SEKARANG !!

TEMPAH MYVI BARU SEKARANG !!
INTEREST SERENDAH 2.9%

PROMOSI PERODUA DISEMBER 2019

PROMOSI PERODUA DISEMBER 2019
PROMOSI 1-31 DISEMBER 2019

SENARAI HARGA PERODUA 2019

TESTIMONI CUSTOMER

RENEW INSURANCE DENGAN PERODUA TOTAL PROECT

PERODUA ARUZ VIDEO

PERODUA ARUZ PRODUCT VIDEO

NEW ALZA 2019 VIDEO

MYVI 2019 WITH ACCESORIES

MYVI 2019 SAFETY VIDEO

NEW MYVI 2019 VIDEO

FACEBOOK

TRADE-IN KERETA LAMA ANDA SEKARANG

New Perodua Axia 2017 Product Video

NO.PENDAFTARAN JPJ TERKINI

CAR LOAN CALCULATOR