Kebiasaannya Perodua sentiasa mengeluarkan
kenderaan jenis kompak. Kualitinya tidak mengecewakan dengan harga yang mampu
milik.
Kali ini Perodua bakal mengeluarkan produk
baru yang akan menjadi fenomena kerana produk ini adalah lain dari produk
sebelum ini.
Perodua Bezza, buah tangan terbaru dari
Perodua untuk seluruh rakyat Malaysia. Bakal dilancarkan pada 21 Julai 2016
ini. Perodua Bezza didatangkan dengan enjin 1.0 cc dan 1.3 cc dengan 3
varian iaitu Standard 1.0 (manual &
auto) , Premium X 1.3 (manual & auto) dan Advance 1.3 (auto sahaja).
Berbeza dengan keluaran sebelum ini yang
mana ianya adalah ‘re-badged’ dari model keluaran Daihatsu, Perodua Bezza adalah
model pertama Perodua yang direka sendiri oleh Perodua . Tidak diambil dari
mana-mana model keluaran Daihatsu.
Warnanya pula dicat dengan penggunaan ‘new
water based paint’ yang pastinya menampilkan warna yang menarik.
Dengan penggunaan enjin VVT-i, Perodua
Bezza menjanjikan penggunaan minyak yang baik dan prestasi yang mengkagumkan.
HARGA PERODUA BEZZA
klik senarai harga Perodua Bezza untuk download
SENARAI HARGA PERODUA BEZZA
1.HARGA PERODUA BEZZA1.0 G
PERODUA BEZZA1.0 G AUTO WARNA SOLID HARGA RM37,300.00
PERODUA BEZZA1.0 G AUTO WARNA METALLIC HARGA RM RM37,300.00
PERODUA BEZZA1.0 G MANUAL WARNA SOLID HARGA RM39,300.00
PERODUA BEZZA1.0 G MANUAL WARNA METALLIC HARGA RM39,300.00
2.HARGA PERODUA BEZZA 1.3 X
PERODUA BEZZA1.3 X AUTO WARNA SOLID HARGA RM42,800.00
PERODUA BEZZA1.3 X AUTO WARNA METALLIC HARGA RM RM42,800.00
PERODUA BEZZA1.3 X MANUAL WARNA SOLID HARGA RM44.800.00
PERODUA BEZZA1.3 X MANUAL WARNA METALLIC HARGA RM44.800.00
3.HARGA PERODUA BEZZA 1.3 ADVANCE
PERODUA BEZZA1.3 X AVANCE WARNA SOLID HARGA RM50,800.00
PERODUA BEZZA1.3 X ADVANCE WARNA METALLIC HARGA RM RM50,800.00
Dengan harga yang mampu milik disertakan
dengan teknologi baru serta rekaan yang menarik, tidak hairanlah jika Perodua
Bezza akan menjadi fenomena kepada seluruh rakyat Malaysia.
CIRI-CIRI ADVANCE TECHNOLOGY PADA
PERODUA BEZZA
l Sistem Mula Henti ( Eco Idle) akan ditawarkan pada varian Perodua Bezza 1.3
Advance yang persamaan dengan teknologi yang digunakan pada Mazda2 iaitu
i-Stop.Enjin mati bila berhenti atau tidak bergerak dan akan hidup semula
dengan menekan pedal minyak.
l Smart entry dan push start button yang sememangnya canggih. Pemandu
tidak perlu mengeluarkan kunci untuk membuka pintu kereta. Untuk menghidupkan kereta
pula hanya dengan menekan pedal brek dan push start button.
l Vehicle Stability Control (VSC)
l Bagi pengguna Android pula, telefon bimbit anda boleh disambungkan
ke sistem audio visua kereta ini.
l Bagi pengguna tempat duduk belakang, USB port turut disediakan.
PENGGUNAAN MENAKJUBKAN
Berbeza dengan keluaran sebelum ini,
Perodua Bezza kali ini tampil dengan satu lagi ciri-ciri yang mampu menawan
semua pengguna kereta. Ya, bonet bersaiz besar dengan keluasan 508 liter
(Toyota Vios 506 liter).
RUANG BOOT PERODUA BEZZA YANG LUAS
Sudah pastinya ia memudahkan pengguna
memasukkan barang-barang dan memberi keselesaan kepada pengguna apabila
kebanyakan barang berada di dalam bonet.
Susuan tempat duduk yang fleksibel dan
keluasan dalaman yang lebih luas pastinya memberikan keselesaan yang
sangat-sangat diperlukan terutama ketika perjalanan jauh.
ENJIN DAN PENGGUNAAN MINYAK
Perodua Bezza tampil dengan enjin baru yang
menjimatkan minyak dengan penggunaan enjin VVT-i. Bagi varian Standard 1.0
enjinnya hanya VVT-i manakala bagi varian Premium X 1.3 dan Advance 1.3, Bezza
tampil dengan enjin dual VVT-i.
Manakala bagi penggunaan minyak pula bagi
1.0cc, setiap liter minyak mampu bergerak sehingga 21.3 km, bagi 1.3cc Premium
X pula, setiap liter mampu bergerak sehingga 21.0 km dan bagi 1.3 Advance pula,
22.0 km. (bagi varian auto)
Radius pusingan minimum bagi Perodua Bezza
pula ialah 4.5m yang akan memudahkan pengguna membuat pusingan U dan meletakkan
kereta.
KELAJUAN MAKSIMUM PERODUA BEZZA
Pasti ramai yang tertanya-tanya mengenai
kelajuan maksimum Perodua Bezza
VARIANTS | 1.0 L M/T | 1.0 A/T | 1.3 M/T | 1.3L A/T |
MAX SPEED | 160 Km/h | 150 Km/h | 170 Km/h | 160Km/h |
SERVIS KENDERAAN PERODUA BEZZA
Seperti Perodua Axia, Perodua Bezza yang
menampilkan enjin yang berbeza dan berlainan dari DVVT ini, hanya perlu
diservis pada setiap 10,000 km.
Manakala pada 5,000 km yang pertama,
pengguna hanya perlu ke pusat servis bagi pemeriksaan sahaja.
Perodua Bezza, menggunakan minyak Fully
Syntetic (0W-20) .
ENJIN VVT-i
Perodua Bezza menggunakan enjin VVT-i pada
kali ini, berbeza dengan keluaran sebelum ini yang menggunakan DVVT.
Bagi 1.0 cc, Perodua Bezza hanya menggunakan VVT-i
sahaja sementara bagi enjin 1.3 cc,Perodua Bezza menggunakan Dual VVT-i.
Kedua-dua enjin DVVT dan VVT-i sebenarnya
adalah sama dari segi fungsi dan hanya berbeza dari segi nama sahaja.
Ianya dibangunkan oleh Toyota Motor
Corporation dan digunakan oleh Daihatsu Motor Corporation dan kini ianya
digunakan oleh Perodua.
Penggunaan VVT-i pada Perodua Bezza kini
yang menggantikan DVVT pada model-model sebelum ini adalah kerana isu ‘trademark’
dan perjanjian antara rakan kongsi teknikal Perodua iaitu Daihatsu Motor Co.
Ltd Japan dan Toyota Motor Corporation.
Untuk pengetahuan, Perodua amat
mementingkan penggunaan teknologi terkini keluaran rakan kongsi teknikal mereka
asalkan ianya memenuhi keperluan pelanggan dan kos kompetitif.
TEMPOH JAMINAN
Tempoh jaminan bagi Perodua Bezza adalah
sama seperti kenderaan Perodua sebelum ini, iaitu 5 tahun atau 150,000
kilometer (yang mana terlebih dahulu).
PANDU UJI PERODUA BEZZA
Untuk pandu uji Perodua Bezza, anda
bolehlah menghubung penulis di talian Yusri 012-9237647 untuk temujanji. Jika anda
benar-benar berminat untuk membeli Perodua Bezza, bolehlah menyediakan sekali
dokumen yang diperlukan untuk memudahkan dan mempercepatkan proses pembelian.