Kelebihan Perodua Total Protect
Salah satu kelebihan pembelian kereta dengan Branch Perodua ialah pembelian disertakan sekali dengan Perodua Total Protect. Dikenali sebagai Perodua Total Protect, ia memberikan perlindungan penuh terhadap jumlah penuh (sum insured) kenderaan yang diinsuranskan selama lima tahun pertama umurnya, berbanding nilai pasaran semasa yang biasa diguna.
Program ini termasuk dengan perlindungan selama 10 tahun terhadap excess (kos tambahan yang biasanya perlu dibayar semasa pemprosesan), loading (bayaran tambahan yang biasanya dikenakan terhadap kenderaan lima tahun ke atas semasa pembaharuan) dan betterment (bayaran tambahan untuk alat ganti). Ini bermaksud, pemilik tidak perlu lagi membayar semua kos tersebut dan ia akan dikecualikan oleh bengkel panel yang terlibat.
Turut diberi adalah khidmat tunda 24 jam Auto Assist percuma, serta bantuan tepi jalan (masalah bateri, tukar tayar dan kunci), serta servis kecemasan (pekerja Auto Assist akan membantu pengguna yang terlibat dalam kemalangan untuk keluar dari kenderaan dan menghantar mereka ke hospital berdekatan), bergantung kepada terma dan syarat yang telah ditetapkan. Nombor yang perlu dihubungi adalah 1-800-88-5555.
Sekiranya terlibat dalam kemalangan juga, melalui program ini, pengguna boleh mendapatkan diskaun sehingga 30% untuk kereta sewa dan kos penginapan percuma, sehingga berharga RM150.
Perodua Total Protect juga melibatkan perlindungan terhadap kerosakan banjir, pecah masuk kenderaan, kehilangan barang, kecurian, serta tuntutan pembaikan bukan insurans yang lain. Kes kehilangan juga ditanggung, termasuk sekiranya ia berlaku di Singapura dan bahagian tertentu di Thailand.
Akhir sekali, pemilik Perodua juga boleh memilih satu lagi pakej tambahan iaitu Gap Coverage, di mana ia akan membayar perbezaan yang terdapat di antara dalam perjanjian insurans dan harga sebenar kenderaan semasa ia dibeli. Walaupun begitu, pakej ini hanya sah untuk tempoh 12 bulan daripada tarikh pembelian walaubagaimanapun bagi pembelian dengan Branch Perodua jika selepas 12 bulan,pelanggan masih memilih renew insurans dengan Branch Perodua,pakej ini akan dilanjutkan.
Perodua Total Protect Benefits
1 | 24-Hour Nationwide Accident and Breakdown
| ||||||||||||||||||||||||||||
2 | 24-Hour Call Centre Service
| ||||||||||||||||||||||||||||
3 | Breakdown Roadside Assistance (e.g jump start & changing flat tyre services)
|