Harga kereta Perodua 2020 turun hingga 6.0 peratus mulai hari ini



KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) menjadi syarikat automotif pertama menurunkan harga semua model keluarannya antara tiga hingga enam peratus berkuatkuasa hari ini.

Peneraju pasaran automotif tempatan dalam satu kenyataan berkata, pengurangan harga itu bagaimanapun dipecahkan dua slot iaitu bermula hari ini hingga 14 Jun membabitkan pemberian rebat tunai untuk mengurangkan harga sebelum harga rendah berkenaan dikekalkan sepanjang tempoh pengurangan cukai.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata senarai harga baharu semua modelnya selaras dengan pengumuman kerajaan mengenai pengecualian cukai jualan kenderaan pemasangan tempatan (CKD) dan import sepenuhnya (CBU) bermula 15 Jun hingga 31 Disember dalam Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).

"Walaupun tempoh pengurangan cukai bermula 15 Jun 2020, PERODUA akan memberikan rebat tunai antara tiga hingga enam peratus bagi pembelian kenderaan kami bermula hari ini.

"Kami ingin mahu orang ramai mengambil kesempatan ini untuk memiliki kenderaan Perodua tanpa berasa ketinggalan. Sila kunjungi mana-mana pusat jualan Perodua dan bercakap dengan penasihat jualan kami yang sah untuk mengetahui jumlah rebat tunai yang ditawarkan serta senarai harga penuh yang akan berkuatkuasa 15 Jun," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Barisan model semasa Perodua merangkumi Myvi, Axia, Bezza, Aruz dan Alza menyaksikan penurunan dari RM723 hingga RM4,674.

Mengikut senarai harga yang di bilik pameran PERODUA, model Axia mengalami penurunan harga dari RM723 hingga RM1,763, manakala Bezza pula turun dari RM1,124 hingga RM1,624 mengikut varian.

Bagi model paling laris PERODUA, Myvi harga baharu selepas pengecualian cukai turun dari RM1,498 hingga RM1,893.

Untuk model kenderaan pelbagai guna kompak (MPV), Alza, ia dijual pada harga lebih rendah berbanding sebelum ini iaitu jimat dari RM1,546 hingga RM2,165, manakala model kenderaan utiliti sukan (SUV) Aruz pula kurang dari RM4,374 hingga RM4,674.

Zainal Abidin berkata, PERODUA menyokong penuh langkah kerajaan untuk memberikan pengecualian cukai jualan sepenuhnya bagi pembelian kenderaan CKD sehingga akhir tahun ini dalam usaha memulih dan menaikkan ekonomi domestik.

"Rakyat Malaysia kini lebih berhati-hati dalam berbelanja ekoran COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kenderaan persendirian masih diperlukan pada masa yang sukar ini.

"Pengecualian penuh cukai jualan bagi kenderaan CKD meyakinkan industri automotif, bukan sahaja pelanggan tetapi keseluruhan ekosistem yang terdiri daripada pengeluar, pembekal dan pengedar.

"Seiring dengan kadar pinjaman yang rendah pada waktu ini, kami optimis langkah ini dapat mendorong penjualan kenderaan baharu," katanya.

Perodua berjaya menjual 52,920 kenderaan dalam lima bulan pertama 2020, menguasai 41 peratus pasaran berbanding jumlah keseluruhan industri (TIV) yang dianggarkan sebanyak 129,401 unit setakat tahun ini.

Dengan kandungan tempatan melebihi 90 peratus bagi seluruh barisan modelnya, PERODUA telah membelanjakan RM5.4 bilion tahun lalu untuk membeli komponen daripada pembekal tempatan.

"Sebagai pengeluar kenderaan terbesar di Malaysia dari segi jumlah, kami ingin menyatakan semula komitmen kami kepada kerajaan untuk membantu industri menempuhi fasa yang sukar ini," tambah Zainal Abidin.

Sementara itu, beberapa syarikat automotif lain termasuk Proton Holdings Bhd (PROTON); Sime Darby Auto Hyundai (SDAH); Mitsubishi Motors Malaysia (MMM); TC Euro Cars (TCEC); Honda Malaysia; dan UMW Toyota Motor akan mengumumkan senarai harga baharu kenderaan keluaran masing-masing dalam masa terdekat atau selewat-lewatnya awal minggu depan.

Info:

Senarai harga baharu PERODUA 0% SST mengikut varian sehingga 31 Disember 2020:

HARGA PERODUA ARUZ 2020
 

HARGA PERODUA MYVI 2020


HARGA PERODUA BEZZA 2020


HARGA PERODUA AXIA 2020

HARGA PERODUA ALZA 2020


Kepada yang berminat boleh menghantar dokumen untuk proses loan bank.Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:-

1.Kakitangan Kerajaan
Document yang diperlukan:
1. SALINAN KAD PENGENALAN
2. SALINAN LESEN 
3. SLIP GAJI 3 BULAN 

2.Kakitangan Swasta
Document yang diperlukan:
1. SALINAN KAD PENGENALAN
2. SALINAN LESEN 
3. SLIP GAJI 3 BULAN 
4. EPF STATEMENT ATAU BANK STATEMENT 3 BULAN

3.Untuk Berniaga
Document yang diperlukan:
1. SALINAN KAD PENGENALAN
2. SALINAN LESEN 
3. SSM (2 TAHUN KE ATAS)
4. BANK STATEMENT 6 BULAN

ATAU

1.SALINAN KAD PENGENALAN DIRECTOR
2.LESEN
3.SLIP GAJI 3 BULAN DIRECTOR
4.BANK STATEMENT 3 BULAN
5.FORM 9, 13(If any), 24, 49 and M&A
6.COMPANY BANK STATEMENT 6 BULAN

4.Fresh Graduates
 (1 hari bekerja sudah layak memohon)
Document yang diperlukan:
1. SALINAN KAD PENGENALAN
2. SALINAN LESEN 
3. SKROL / TRANSKRIP
4.SURAT TAWARAN KERJA


Dokumen-dokumen di atas boleh email kepada saya:-peroduasaleskd@gmail.com  atau
boleh hantar melalui whatpps kepada Saya
di talian 0129237647 (Encik Yusri)



"Kemudahan penghantaran kereta perodua di seluruh semenanjung Malaysia,Sabah dan Sarawak,kemudahan ini hanya terdapat jika membuat pembelian dengan Branch Hq sahaja"





  1. Testimoni pelanggan-pelanggan luar lembah kelang dari seluruh semenanjung Malaysia,Sabah & Sarawak yang telah membuat pembelian hanya melalui Online











    1. "Urusan pembelian kereta Perodua dengan CAWANGAN HQ PERODUA(BRANCH),bukan BROOKER atau DEALER(pengedar)"



    1. 'Kemudahan FULL LOAN untuk kakitangan Kerajaan , Swasta dan Skim Graduan"



  2. "Tiada lesen layak memohon pinjaman kereta"

  3. "Graduan 1 hari bekerja layak mohon pinjaman kereta"

  4. "Kemudahan trade-in disediakan"




    1.  "Tiada masalah stock atau tiada warna pilihan jika berurusan dengan BRANCH Perodua
      ribuan pelanggan telah berurusan membuat pembelian dengan saya "




    "Untuk melihat testimoni pelanggan saya,boleh click link di SINI "





  • SENARAI HARGA PERODUA
  • SENARAI HARGA PERODUA 2020
  • HARGA PERODUA TERKINI
  • HARGA PERODUA
  • BAYARAN BULANAN PERODUA
  • HARGA PERODUA ARUZ
  • HARGA PERODUA MYVI
  • HARGA PERODUA ALZA
  • HARGA PERODUA AXIA
  • HARGA PERODUA BEZZA
  • PRICELIST PERODUA
  • HARGA KERETA 2020



Comments
0 Comments

0 comments:

Catat Ulasan

BELI PERODUA ARUZ

BELI PERODUA ARUZ
INTEREST SERENDAH 2.2%

TEMPAH MYVI BARU SEKARANG !!

TEMPAH MYVI BARU SEKARANG !!
INTEREST SERENDAH 2.9%

PROMOSI PERODUA DISEMBER 2019

PROMOSI PERODUA DISEMBER 2019
PROMOSI 1-31 DISEMBER 2019

SENARAI HARGA PERODUA 2019

TESTIMONI CUSTOMER

RENEW INSURANCE DENGAN PERODUA TOTAL PROECT

PERODUA ARUZ VIDEO

PERODUA ARUZ PRODUCT VIDEO

NEW ALZA 2019 VIDEO

MYVI 2019 WITH ACCESORIES

MYVI 2019 SAFETY VIDEO

NEW MYVI 2019 VIDEO

FACEBOOK

TRADE-IN KERETA LAMA ANDA SEKARANG

New Perodua Axia 2017 Product Video

NO.PENDAFTARAN JPJ TERKINI

CAR LOAN CALCULATOR